Jantung
dikala sihatmu kau begitu mesra
degupanmu seperti sorak gembira
seolah menyanyi irama cinta kasih mesra
membolehkan ku bergelak ketawa
menghirup asap sambil berbicara
pelbagai cerita
dari politik hingga rumah tangga
adakalanya kisah cinta uda dara
Jantung
dikala kau sakit
gerakmu bikin aku rasa perit
bisanya bak ular menggigit
mulut ku berasa ingin menjerit
dada pula terasa dihimpit
dan akal fikir sama tersepit
akhirnya aku terbaring dikatil sempit
dengan wayar ditubuh penuh melilit
menunggu titah Empunya Penyakit
nukilan
thehiddenfingers
buat sahabatku di wad 6B Hospital Ampang
15 Februari 2012
Tuesday, 14 February 2012
Monday, 13 February 2012
Aku masih seperti dulu
sayangku
puitisnya bicaramu
disaat kita bertemu
memadu kasih di bawah pohon rindu
berteman usapan lembut sang bayu
sayangku
kasihnya dirimu kepadaku
umpama selimut yang membaluti tubuhku
di musim sejuk dingin membeku
tiada berpisah walau berbau
sayangku
api cintamu hangat membara
umpama panasnya neraka
tersilap langkah lekatlah celaka
biarlah kita berjauhan sementara
sayangku
dengarkanlah aku berbicara
cintaku sama jua
tiada sedikitpun berubah rasa
masih hangat seperti biasa
sayangku
usahlah kau curiga
akan nilainya sebuah cinta
kerna derita itu adalah bahagia
kerna bahagia itu jua derita
nukilan jiwa
thehiddenfingers
14 Februari 2012
puitisnya bicaramu
disaat kita bertemu
memadu kasih di bawah pohon rindu
berteman usapan lembut sang bayu
sayangku
kasihnya dirimu kepadaku
umpama selimut yang membaluti tubuhku
di musim sejuk dingin membeku
tiada berpisah walau berbau
sayangku
api cintamu hangat membara
umpama panasnya neraka
tersilap langkah lekatlah celaka
biarlah kita berjauhan sementara
sayangku
dengarkanlah aku berbicara
cintaku sama jua
tiada sedikitpun berubah rasa
masih hangat seperti biasa
sayangku
usahlah kau curiga
akan nilainya sebuah cinta
kerna derita itu adalah bahagia
kerna bahagia itu jua derita
nukilan jiwa
thehiddenfingers
14 Februari 2012
Jalan Yang Lurus
Jalan itu lurus
tanpa ada liku dan simpang
Jika kau telusurinya dengan ihklas dan taqwa
dihujungnya kau temui Al-Firdausi menanti
dengan kelibat bidadari tersenyum melambai
cukup indah dan bahagia
Jika kau melangkah dengan kesombongan dan nafsu tanpa kawalan
Al-Jahiim menantimu dengan pintu terkuak lebar
menghambur panas yang membakar
penuh siksa dan derita

Dayus
dulu
bapamu bersama-sama bapaku
berjuang demi maruah dan cita-cita bangsa
berjuang mengangkat darjat bangsa dan bahasa
demi sebuah negeri Melayu tercinta
itu dulu
setelah darah menyubur bumi
setelah kolonis bertempiaran lari
setelah tertegaknya ibu pertiwi
tapi kini
kau buang segala kisah
sejarah bapamu dan bapaku
kau julang mereka yang menjarah tanahmu
kau sanjung mereka yang menginjak kedaulatan leluhurmu
hingga hilang jati dirimu
hingga hilang budaya kaummu
hingga hilang bahasa keturunanmu
hilang akalkah dirimu?
dimanakah maruah dirimu?
mengapakah sebegini dayusnya dirimu?
hinggakan budaya dan bahasa ini ingin kau kuburkan?
nukilan terkilan
thehiddenfingers
13 Februari 2012

Sunday, 12 February 2012
Kenyang
Nafsu yang mebuak
ibarat soda yang dikocak
dihirup penuh nikmat
tanpa ada rasa betul atau salah
Begitulah layanan diberikan
kepada jiwa yang sentiasa dahaga
kepada kepuasan, kenikmatan dan keseronokan
kepada kesenangan, kemewahan dan kekuasaan
Sentiasa diuja umpama pak menteri di kala pilihanraya
sentiasa disuap umpama rasuah kepada sang maharaja
Semua di depan mata
tanpa banyak soal
tanpa banyak segan
tanpa banyak tanya
yang penting keinginan terlunas
sampai kenyang

Friday, 10 February 2012
Demi Masa
Hargailah waktumu
umpama kau hargai dirimu
laluilah ia demi Tuhanmu
tanpa ada tiris-tiris waktu
tanpa ada sia-sia kelaku mu
moga beruntung dalam perjalananmu
menemui Nya
nukilan
thehiddenfingers
umpama kau hargai dirimu
laluilah ia demi Tuhanmu
tanpa ada tiris-tiris waktu
tanpa ada sia-sia kelaku mu
moga beruntung dalam perjalananmu
menemui Nya
nukilan
thehiddenfingers
Wednesday, 8 February 2012
Salam Mesra Alam Maya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.
Sebagai pembuka bicara, saya ingin mengucap syukur kepada Ilahi atas rahmat dan kurnia Nya lah laman ini berjaya diterbitkan.
"Pabila Sijari Berceloteh" akan menjadi laman tempat merehatkan minda dan juga melatih minda berfikir bagi meluahkan sebarang idea dan inovasi untuk dikongsi bersama-sama para pengunjung kelak.
Laman ini memang dikhususkan untuk luahan bicara jari-jemari tentang apa sahaja isu sama ada semasa atau tidak.
Para pengunjung juga dijemput berinteraksi bersama-sama melalui ruangan komen bagi setiap kiriman kelak.
Selamat menikmati hasil tarian jari-jemari di atas papan kekunci.
yang ikhlas,

Subscribe to:
Posts (Atom)