Ramainya Pengunjung

Website counter

Tuesday 14 February 2012

Jantung

Jantung
dikala sihatmu kau begitu mesra
degupanmu seperti sorak gembira
seolah menyanyi irama cinta kasih mesra
membolehkan ku bergelak ketawa
menghirup asap sambil berbicara
pelbagai cerita
dari politik hingga rumah tangga
adakalanya kisah cinta uda dara

Jantung
dikala kau sakit
gerakmu bikin aku rasa perit
bisanya bak ular menggigit
mulut ku berasa ingin menjerit
dada pula terasa dihimpit
dan akal fikir sama tersepit
akhirnya aku terbaring dikatil sempit
dengan wayar ditubuh penuh melilit
menunggu titah Empunya Penyakit


nukilan
thehiddenfingers
buat sahabatku di wad 6B Hospital Ampang
15 Februari 2012

2 comments: